JERTIH: Jabatan Kebajikan Masyarakat (KKM) daerah Besut sedang mengesan ibu kandung kepada seorang bayi perempuan yang ditinggalkan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian, Kelantan sejak September lepas.
Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Besut Zulbahri Ibrahim berkata bayi itu ditinggalkan ibunya, Wan Azlina Wan Mohamad ketika mendapatkan rawatan di HUSM.
"Pihak pengurusan hospital merujuk bayi itu yang dilahirkan pramatang pada 10 Sept lepas kepada JKM bagi tindakan lanjut selepas ibu bayi tersebut menghilangkan diri apabila bayinya perlu ditahan di wad kerana masalah kesihatan.
"Alamat terakhir wanita itu adalah di Kampung Padang Landak di Jertih," katanya dalam kenyataan hari ini.
Zulbahri berkata pada 23 Nov lepas, pihaknya telah memperoleh perintah Mahkamah Majistret Daerah Besut Seksyen 25(2) Akta Kanak-Kanak 2001 bagi menempatkan bayi itu di bawah jagaan institusi JKM sehingga kini.
Beliau berkata usaha mengesan Wan Azlina sebelum ini menemui jalan buntu hingga pihaknya terpaksa membuat hebahan.
"Dia (Wan Azlina) tidak perlu takut untuk tampil kerana tidak ada sebarang tindakan akan diambil ke atasnya oleh JKM, sebaliknya ia adalah bagi urusan pengesahan status penjagaan bayi tersebut.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang ibu kandung bayi berkenaan boleh menghubungi Pelindung Pejabat Kebajikan Masyarakat Besut, Noradawiah Ab Manaf di talian 09-6956042/09-6953951," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 05 2023
Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Besut Zulbahri Ibrahim berkata bayi itu ditinggalkan ibunya, Wan Azlina Wan Mohamad ketika mendapatkan rawatan di HUSM. - Gambar hiasan
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa
Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa di atas tapak berkeluasan sehektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara di sini, bermula November depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Melaka mohon KPKT bina tapak pelupusan sisa pepejal sektor ICI
Sebanyak 30-40 peratus daripada keseluruhan sisa pepejal yang dibuang ke Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang adalah sisa ICI.
Zii Jia antara rakan pencetus semangat untuk terus berjuang - Jin Wei
Pengikut media sosial pemain badminton perseorangan wanita profesional Goh Jin Wei mungkin menyedari keakrabannya dengan rakan senegara Lee Zii Jia, Soh Wooi Yik dan Lai Pei Jing.
Sambutan Hari Wesak medium tingkatkan pemahaman antara masyarakat berbilang kaum - Saraswathy
Selain dapat mengeratkan perpaduan ia juga menggalakkan masyarakat untuk lebih mengenali budaya agama lain.
Industri penjagaan: Sasar jadi kerjaya profesional, latih 385 individu tahun ini
Ini termasuklah melatih lebih banyak tenaga pekerja dalam industri penjagaan, dengan matlamat mencapai sasaran 385 individu tahun ini.
Rumah kebajikan warga emas dipukul tidak berdaftar - Nancy
Rumah kebajikan dihuni warga emas yang dipukul dengan kayu di Taman Desa Aman, Padang Serai, Kedah didapati tidak berdaftar dengan JKM.
JKM bantu kaunseling keluarga mangsa nahas helikopter Lumut
Salbiah berkata pihak JKM telah melawat tiga keluarga mangsa dari Perak iaitu di Selama, Lekir dan Sitiawan.
Jangan jadikan kes dera, abai kanak-kanak sebagai kandungan media sosial
Orang ramai atau mangsa penderaan dan pengabaian dinasihatkan tidak berkongsi video atau gambar kejadian itu sebagai kandungan media sosial.
Nahas helikopter: KPWKM sedia beri bantuan sokongan psikologi kepada keluarga mangsa
KPWKM bersedia memberikan bantuan sokongan psikologi kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas di Lumut, Perak pagi ini.
Komuniti di Sarawak digalakkan mohon tubuh PAWE - Nancy
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata buat masa ini, Sarawak hanya mempunyai 13 PAWE dan jumlah itu tidak mencukupi bagi sebuah negeri yang besar.
Banjir di Melaka: Lebih 300 petugas JKM siap siaga
Petugas JKM akan ditempatkan di pusat pemindahan sementara bagi membantu mangsa banjir khususnya memastikan aspek kebajikan dan keselesaan mereka.
KPWKM salur bantuan kepada wanita dakwa diberi layanan buruk pegawai JKM - Nancy
Nancy berkata pegawai dari pejabatnya sendiri telah bertemu wanita itu pada Selasa bagi mendapatkan gambaran sebenar kejadian.
Program pembangunan bakat di institusi kebajikan perlu dihidupkan semula - Nancy
Program Pembangunan Bakat terutama melibatkan kanak-kanak di institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat perlu dihidupkan semula.
Elaun Pekerja OKU pengemis miliki Proton X70 dihentikan - Noraini
Noraini berkata di bawah Akta Orang-Orang Papa 1977, tiada hukuman punitif terhadap golongan mengeksploitasi kekurangan diri untuk menjana kemewahan.